Thursday, October 21, 2010

Suami Curang???

Assalamualaikum...

Sebagai seorang insan biasa, aku tidak terlepas daripada mempunyai rasa bimbang. Tapi bimbang yang kumaksudkan ini adalah kebimbangan yang kebanyakkan wanita alami apabila telah berkahwin. Kebetulan aku terjumpa satu forum mengenai 'tanda-tanda suami mula berlaku curang' menarik aku untuk terus membaca setiap perkataan yang dibincangkan. Perempuan mana sanggup diri diduakan sedangkan kita telah berikan dan korbankan segalanya. Dipendekkan cerita aku terbaca satu comment drpd seorang forumer ni...

"Nak kenal suami curang? Senang saja.. Nak aku bagi tau tips….OK ni dia…:"

  • Kalau suami boleh curang dengan Tuhan, dengan kamu isteri2 apatah lagi..!!
  • Kalau dalam rumah dah tek bergema ayat2 Quran… siaplah tunggu kehancuran..
  • Kalau dalam rumah suami dah tak boleh jadi imam berjamaah bersama… mcmana nak hidup berjamaah dengan suami/isteri anak2.
  • Kalau suami/isteri sembahyang tonggang langgang.. main ikut suka waktu nak sembahyang… siaplah, akan ada kecurangan siapa2. Kalau tak isteri, suami, kalau tak suami, isteri.
  • Kalau suami isteri, keluar rumah ‘berpakaian tapi bogel’, bersiap sedialah… malaikat makin jauh….(siapa pula yang makin dekat nak ganti malaikat?)
ada kebenarannya kan? Terus aku bangun dan kejutkan suamiku yang keletihan untuk segera tunaikan perintah Allah...solat Isyak. Bimbang juga jika dia terberlaku curang terhadap Allah...tak mustahil di boleh berlaku curang terhadapku. My hubby...I Love U. Oppa...muashhh!

Friday, October 8, 2010

Kek Coklat Nisah

1 cup gula kastor
250 gm mentaga
1 ts esen vanila
1 ts ovalet
1 ts choco paste
1/2 sup susu pekat manis
4 biji telur
1 1/2 cup tepung gandum
1 cup coco powder
1 ts serbuk penaik
sedikit bikarnobate soda

Monday, October 4, 2010

Senaman Lepas Bersalin

uploaded from salindah


Amatlah penting bagi wanita-wanita yang lepas bersalin menjaga kesihatan fizikal supaya sihat seperti biasa. Oleh itu, masa rehat yang cukup dan membuat senaman mudah yang sederhana bagi membantu memulihkan kesihatan adalah dicadangkan. Elakkan daripada melakukan kerja-kerja be rat sekurang-kurangnya sebulan selepas bersalin. Perhubungan seks tidaklah digalakkan sehingga en am minggu selepas bersalin.

Berikut adalah cara senaman mudah yang dicadangkan kepada wanitawanita yang fepas bersalin.

Setiap dua minggu, anda boleh menambahkan 8 kali ulangan kepada setiap senaman.

A.

Berdiri dengan kaki direnggangkan selebar bahu, lutut dibengkokkan, pinggang dinipiskan dan perut ditegangkan. Sama paras dengan bahu, bengkokkan tangan di siku dengan jari-jari menunjuk ke arah siling. Pusingkan badan ke kanan dan ke kiri. Pastikan kepala dan pinggang sentiasa menghala ke hadapan. Lakukan sebanyak 2 senaman. Setiap satu senaman 8 kali.

B.

Berdiri seperti dalam senaman A. Angkat tangan kanan ke atas kepala dengan telapak tangan menghala ke siling dan telapak tangan kiri menghala ke lantai. Tegangkan sedikit demi sedikit Lakukan berganti-ganti dengan tangan kanan dan kiri sebanyak 8 kali satu senaman.

C.

Berbaring dengan bahagian belakang rapat ke lantai, lutut dibengkokkan dan kaki direnggangkan. Pegang tengkok dengan kedua tangan supaya siku menghala ke dinding. Pandang ke arah siling, hem bus nafas keluar dan angkat kepala dan bahu ke arah siling menggunakan otot perut. Turunkan kepala dan bahu ke lanlai dan tarik nafas. Laku.kan 4 senaman, 8 kali berturut-turut.

D.

Baring dengan bahagian belakang rapat ke lanlai. Letakkan buku lali kiri di atas lulul kanan yang telah dibengkokkan'. Pegang lengkok dengan kedua belah langan. Hembus nafas keluar semasa mengangkat dan memusingkan siku kanan ke arah lulul kiri. Paslikan siku kiri rapal dengan lanlai semasa siku kanan diangkat. Lakukan 2 senaman berganti-ganli dengan siku kiri dan kanan sebanyak 8 kali.

E.

Baring dengan belakang rapal ke lanlai. Rapalkan IUlut, bengkokkan pinggang dan lulut supaya bel is selari dengan siling. Luruskan tangan dengan lelapak langan mencecah lanlai di bawah punggung. Hembus nafas keluar semasa merapalkan lulul ke dada dan dalam masa yang sam a angkal punggung dari lanlai. Turunkan lutut serta punggung dan larik nafas. Lakukan 4 senaman 8 kali berturutturut.

F.

Berbaring mengiring dengan berbantalkan lengan kiri. Bengkokkan lutut sebanyak 45° Oengan perlahan angkat betis kanan setinggi paras pinggang. Kemudian turunkan. Punggung mestilah sentiasa tegak. Lakukan 2 senaman 8 kali untuk betis kiri dan kanan.

G.

Baring mengiring dan kepala disandarkan pada telapak tangan, luruskan betis kiri dan kaki dibengkokkan. Bengkokkan kaki kanan dan letakkan lutut di lantai di hadapan betis kiri. Dengan memastikan ping gang tegak, angkat kaki kiri ke arah siling dan kemudian turunkan. Ubah pembaringan, kali ini betis kanan pula yang diangkat, lakukan 8 kali dengan telapak kaki ditegangkan dan 8 kali dengan telapak kaki diluruskan.

H.

Dalam keadaan sujud tetapi dahi tidak mencecah lantai dan bahagian belakang diselarikan dengan lantai, luruskan satu betis ke belakang dengan telapak kaki ditegangkan. Angkat kaki perlahan-Iahan ke arah siling. Lakukan dua kali untuk setiap betis (tanpa gambar) di dalam keadaan yang sama, tendangkan buku lali betis yang diluruskan ke arah peha dan selepas itu tendang keluar. Lakukan dua senaman untuk satu betis sebanyak lapan kali.

Saturday, October 2, 2010

Formula Asas Langsir


Sila dapatkan ukuran berikut ;

Lebar Rail =

Labur Langsir =


Pita Jalur (Pita Biasa) yang diperlukan

Lebar Rail x 2 (untuk semua jenis fabrik) = [Jawapan Panjang Pita Biasa]


Jumlah Kepingan Fabrik

Apabila memasang langsir, perlu dipasang sebelah kiri dan sebelah kanan (2 bahagian). Oleh itu, adalah perlu untuk anda ketahui jumlah kepingan kain yang diperlukan untuk setiap bahagian tingkap atau lebih dikenali sebagai "window panel".

Ukuran Lebar Rail x 2 = [Jawapan Lebar Rail Keseluruhan]

Jawapan Lebar Rail / Bidang Fabrik = Jawapan Jumlah Kepingan Kain.

**Harus ketahui Bidang Fabrik yang dibeli.

**/ adalah tanda bahagi



Jumlah Meter Kain


Labuh Langsir + 2 inci (basi kelim atas) + 10 inci (basi kelim bawah) = Jawapan Labuh Langsir Keseluruhan.


(Kepingan Kain) x (Labuh Langsir) = Jawapan Jumlah Kain.

(Jumlah Kain) / 39 inci = Jumlah Meter Kain

** / adalah tanda bahagi

** 1 meter bersamaan 39 inci.


Saya tunjukkan contoh kiraan;

Lebar Rail = 70 inci

Labuh Langsir = 80 inci


Jumlah Pita Langsir

70 inci x 2 = 140 inci


Jumlah Kepingan Kain

70 inci x 2 = 140 inci

140 inci / 56 (bidang kain) = 2.5 (kepingan kain)

** Ini bermakna satu bahagian tingkap memerlukan 2.5 keping kain untuk dicantumkan.


Jumlah Meter Kain

80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.

2.5 x 92 = 460

460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.


**Ini bermakna dengan 12 meter kain, anda perlu gunting 2.5 keping untuk tingkap sebelah kiri dan 2.5 keping untuk tingkap sebelah kanan.


Ukuran Lebar Rail

Ukuran lebar rail adalah berbeza mengikut jumlah rail yang anda gunakan. Jika guna satu rail lain, dua dan sebagainya. Maksudnya adakah anda pasang dua sekali atau 3 sekali rail.

Berikut saya senaraikan ukuran untuk setiap perbezaan rail yang digunakan.


Satu Rail = Panjang rail + 2 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Dua Rail = Panjang rail + 4 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Tiga Rail = Panjang rail + 6 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.


Ukuran asal panjang rail harus lebihkan sikit untuk elakkan langsir menegang apabila dipasang dan untuk menutup bahagian tepi kiri dan kanan rail.

Itulah Ukuran sebenar panjang rail rumah anda.