Saturday, October 2, 2010

Formula Asas Langsir


Sila dapatkan ukuran berikut ;

Lebar Rail =

Labur Langsir =


Pita Jalur (Pita Biasa) yang diperlukan

Lebar Rail x 2 (untuk semua jenis fabrik) = [Jawapan Panjang Pita Biasa]


Jumlah Kepingan Fabrik

Apabila memasang langsir, perlu dipasang sebelah kiri dan sebelah kanan (2 bahagian). Oleh itu, adalah perlu untuk anda ketahui jumlah kepingan kain yang diperlukan untuk setiap bahagian tingkap atau lebih dikenali sebagai "window panel".

Ukuran Lebar Rail x 2 = [Jawapan Lebar Rail Keseluruhan]

Jawapan Lebar Rail / Bidang Fabrik = Jawapan Jumlah Kepingan Kain.

**Harus ketahui Bidang Fabrik yang dibeli.

**/ adalah tanda bahagi



Jumlah Meter Kain


Labuh Langsir + 2 inci (basi kelim atas) + 10 inci (basi kelim bawah) = Jawapan Labuh Langsir Keseluruhan.


(Kepingan Kain) x (Labuh Langsir) = Jawapan Jumlah Kain.

(Jumlah Kain) / 39 inci = Jumlah Meter Kain

** / adalah tanda bahagi

** 1 meter bersamaan 39 inci.


Saya tunjukkan contoh kiraan;

Lebar Rail = 70 inci

Labuh Langsir = 80 inci


Jumlah Pita Langsir

70 inci x 2 = 140 inci


Jumlah Kepingan Kain

70 inci x 2 = 140 inci

140 inci / 56 (bidang kain) = 2.5 (kepingan kain)

** Ini bermakna satu bahagian tingkap memerlukan 2.5 keping kain untuk dicantumkan.


Jumlah Meter Kain

80 inci + 2 inci + 10 inci = 92 inci.

2.5 x 92 = 460

460 / 39 inci = 11.80 meter @ 12 meter kain yang diperlukan.


**Ini bermakna dengan 12 meter kain, anda perlu gunting 2.5 keping untuk tingkap sebelah kiri dan 2.5 keping untuk tingkap sebelah kanan.


Ukuran Lebar Rail

Ukuran lebar rail adalah berbeza mengikut jumlah rail yang anda gunakan. Jika guna satu rail lain, dua dan sebagainya. Maksudnya adakah anda pasang dua sekali atau 3 sekali rail.

Berikut saya senaraikan ukuran untuk setiap perbezaan rail yang digunakan.


Satu Rail = Panjang rail + 2 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Dua Rail = Panjang rail + 4 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.

Tiga Rail = Panjang rail + 6 inci = Ukuran Sebenar panjang rail.


Ukuran asal panjang rail harus lebihkan sikit untuk elakkan langsir menegang apabila dipasang dan untuk menutup bahagian tepi kiri dan kanan rail.

Itulah Ukuran sebenar panjang rail rumah anda.

No comments: