Monday, September 3, 2007

Bila khinzir menyanyi

Keji

Najis

Busuk dan meloyakan

Itulah…seekor khinzir betina tembun,

Khinzir berlagak jadi tuan

Berlagak sehebat lembu

Berlenggok seolah kerbau

Berpura lari pantas umpama kuda…tak sedar katek

Tiap kali melalui rumah itu…terhidu bau khinzir

Apakan daya…itulah sahaja jalan keluar dari kampong ini…

Aku dah mual…tekakku membengkak

Hatiku mula mengeras…

Menyaksikan sekumpulan khinzir menari…

…menyaksikan sekumpulan khinzir menyanyi.

Tuesday, May 29, 2007

Maafkan MakLang!!!


Dear my lovely, naughty, little nephew...UWAIS AL QORNI,

Maafkan maklang sbb tak dapat menziarahi mu. Sedih maklang dengar pasal uwais dari tok. Kesian uwais...kecik2 kena tahan sakit2 tu. Tahan sakit sorang2...nangis diam belakang tv. Maklang tak boleh pi lagi sbb sbb 'Irfan belum cukup kuat lagi. Uwais kan kuat...petang nanti maklang beli hadiah coklat kat uwais..boleh yum yum. OK? Maklang sayang sangat kat Uwais...

Muah! Muah! Muah!

Sunday, May 27, 2007

Selamat Ulangtahun Perkahwinan!!!

Buat Suamiku, kekasihku, cintaku dan kehidupanku...

Sesungguhnya...
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang dapat kau sentuh...selalu

Aku ingin menjadi ingatanmu, rindumu dan anganmu
Inginku ekori setiap langkahmu...
Kerna...
Tanpamu...sepilah sang waktu

Cintaku tak pernah pudar
Rinduku tak pernah surut
Bayangmu bermain-main diingatan
Cintamu membasah dan menyuburkan jiwaku

Percayalah...
Setiap degup jantungku...aku mencintaimu.

Janganlah kau hilang dariku
Janganlah kau ghaib dari pandanganku
Biar aku yang pergi dulu...
Agar tak sempat ku merasai kehilanganmu

Suamiku,
Demi cinta padamu...aku berdiri.

Musim Kahwin!!!

Assalamualaikum. Selamat pengantin baru kepada semua rakan2 seperjuangan yang telah dan akan menjadi raja sehari pada tahun ini. Antaranya Eddy & ?, Asmah & Hamdi, Azie & Pali and coming soon Sabariah & Chip. Tak dinafikan dalam melayari kehidupan berumahtangga, banyak cubaan dan godaan yang datang menguji. Lagi kuat cinta kita, lagi banyak ujian yang mendatang. Terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita seadanya. Kadangkala syaitan mencucuk jiwa hingga membangkitkan perasaan sesalan, tapi percayalah...kita (yg sudah dan akan berkahwin) merupakan insan yang sangat bertuah. Banyak hikmah dan kebaikan yang bakal kita perolehi berbanding mereka yang masih terumbang-ambing mencari tapak untuk berumah.

Buat isteri-isteri,
selalunya cinta isteri pada suami sangat mendalam dan tulus. Bila kita menandatangani surat kahwin, bermaksud mata kita dah buta daripada sebarang cinta pada insan lelaki di luar sana. Tapi walaubagaimana cintanya kita pada kaum adam, jangan sesekali menidakkan hak kita. Tapi bukan pulak sehingga menderhakai sang suami. Tapi ketahuilah peranan, hak, batas-batas dan pada siapa seharusnya kita paling cintai.

Rakanku yang bergelar isteri,
Bagi diriku dulu, amat sukar untuk ku bahagikan perasaan hormat dan cinta pada kaum keluargaku dengan insan lain yang bergelar suami. Bagiku cinta pada pasangan tak sama seperti cinta kita pada kaum keluarga kita. Kaum keluarga tak ubah seperti "secarik-carik bulu ayam, bercantum jua". Namun semakin matang usia perkahwinan kami, semakin kami mengenali hati budi masing2. Semakin juga aku tahu dimana hak suamiku, hak keluargaku serta keluarga mertuaku.

Untuk rakanku yang bakal menjadi menantu,
Pesanku pada kalian, bagaimana rapatnya kita dengan keluarga mertua, kita masih lagi org luar. Jika sebesar zahrah kesalahan kita, sebesar alam kesannya. Walaupun mertua tak menyuarakannya, tapi 1000X terasa hirisannya berbanding jika kesalah itu dilakukan anak sendiri. Jangan sesekali kalian membantu dalam memecahbelahkan keluarga suamimu. Kelak yang rugi adalah dirimu melainkan suamimu seorang yang dayus. Berilah sokongan pada suamimu untuk menjadi anak yang soleh. Ingatlah bahawa anak lelaki harus mendahului ibunya berbanding isterinya. Tp itu tak bermakna kalian boleh ditindas. KETAHUILAH HAK KITA!!!

Aku nasihatkan atas pengalamanku sendiri dan juga pengalaman ibuku HJH Eshah. Aku amat bersyukur dikurniakan ibu yang amat menyayangi mertuanya. Perasaan sayangnya tak terbatas dan hanya tuhan mengetahui. Dia tetap memberi madu walaupun dibalas denga toba. Berkat keikhlasannya pada ibu mertuanya, kami anak-anaknya dikurniakan mertua-mertua yang berjiwa mulia. Mertua yang bertimbang rasa dan memberikan kasih yang tak berbelah bahagi. Alhamdulillah.

Tuesday, May 15, 2007

GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG. TERIMA KASIH CIKGU!

Million of thankz kami ucapkan untuk semua pendidik yang telah mengajar kami samada di:

ZAHARUDIN
- SK Ayer Hitam
- SMK Ayer Hitam
- British Council
- Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya
- Kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Maktab Perguruan Sultan Mizan

KHAIRIYAH

- Tabika Kemas Kampung Pegawai
- SK Sungai Korok Baru
- SK Hutan Kampung
- SMKA Kedah
- Asasi Sains Universiti Malaya
- Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Malaya

Juga syukron jazilan untuk ustaz dan ustazah di kelas mengaji Al-Quran/fardu-ain yang telah mengajar kami:
- Ustazah Min
- Ustazah Rokiah
- Ustazah Aminah

Al Fatihah aku (khairiyah) sedekahkan untuk pendidik-pendidik yang telah kembali kepada-NYA:
- Allahyarham Ustaz Yusof (Hutan Kampung)
- Allahyarham Ustaz Yusof (SMKAK)

dan paling ku ingati dan kagumi Allahyarham Ustaz Ahmad Puad Helmi. Pengorbanan dan keikhlasanmu tak dapat kulupakan selamanya. Kau menjadi teladan dalam diriku. Kata-katamu umpama azimat yang mendorong dan menenangkanku hingga kini. Jasa dan pengorbananmu penuh dengan keikhlasan dan kecintaan pada kami anak-anakmu. Pemergianmu merupakan satu kehilangan yang maha besar bukan saja pada golongan pelajar, malah pada dunia pendidikan, masyarakat setempat, agama, bangsa dan negara. Kata

Moga kelak kami akan dapat berbakti dengan ikhlas dan jujur seperti kalian demi Allah walaupun dalam bidang yang berbeza!!! Moga Allah melimpahkan kurnia rahmat dah berkatnya pada kalian dan kaum kerabat kalian.

جزاك اللهُ خيراً

p/s: Buat suami tercinta...selamat hari guru. Jadilah seorang guru yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu...

Nukilan ini kuciptakan khas buat bondaku yang JELITA...HJH ESHAH.

Mak...inilah luahan ikhlas daripada chek...Selamat Hari Ibu yang ke-30


Kau mengajarku segalanya,

Segala yang kau ceritakan…ku simpan rapi di dalam jiwa,

Kaulah perangsang hidupku,

Kekuatan mental dan fizikalmu seakan meresap ke dalam tubuhku.


Tanpamu siapalah aku kini,

Tanpamu hidupku tak bercahaya,

Kau tetap bersamaku di tiap ketika,

Ketika matahari bersinar ceria,

Tika mega berarak senja,

Tika mendung melitupi jiwa,

Kau tak pernah izinkan ku berduka,

Kau selalu hadir menyelimutiku dengan cinta,

“You will always be the angle in my life for all times”

Mak…mak tentu tahu dalamnya cintaku padamu,


Setelahku menjadi ibu…

Cintaku padamu makin padu,

Makin dapat ku rasai betapa cintanya kau padaku dulu,

Segalanya berlegar-legar di ingatan dan mataku,

Ingin ku bahagiakanmu dengan kemewahan dunia,

Tapi aku sedar yang aku takkan mampu melakukannya,

Walaupun jika ku gadaikan nyawaku,

Takkan mampu membayar segala titik peluhmu.


Mak…

Terima kasih kerana menerimaku seadanya,

Aku bukanlah anak yang boleh dibanggakan,

Maafkanku kerana kerapkali mengecewakanmu,

Aku selalu berdoa agar Allah jadikanku anak yang berguna,

Yang mampu mengembirakan hatimu,

Tetapi…terkadang aku bermasam muka,

Seringkali ku terlanjur bicara,

Maafkanlah aku mak,

Aku akan terus mencuba…tanpa putus asa,

Mak…ampunilahku,

Redhakanlah ku.


Ibu…Kaulah ratu hatiku,

Mencintaimu umpama roh untuk jasadku!!!


Juga Buat BONDA MERTUAKU...HJH PUTEH
Selamat Hari Ibu...
Terima kasih kerana menerimaku
Kejayaanmu mendidik anak-anak amat ku kagumi
Sepanjang pemerhatianku...
Kaulah wanita berhati mulia
Mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi
Terima kasih kerana merestui cinta kami
Amat ku hargai pemberianmu padaku
Seorang suami yang soleh...pelengkap hidupku!!!

p/s: Bilalah 'Irfan nak ucap selamat hari ibu kat ibu ni...tak sabarla!!!

Friday, May 11, 2007

Doa mohon lembutkan hati anak, suami, isteri


AL HASYR (59:21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Caranya:
Anak: Ditiup pada ubun-ubun semasa anak tidur
Suami/ Isteri: Ditiup pada leher

3rd Day at HBAS...02/03/2007 (Usia kandunganku 9 bln, 2 hari)

Mengantuk pun ada...letih pun ada. Tidoku semalam asyik terganggu sj. Sakit yang ku alami makin kuat. Seperti biasa selepas breakfast doktor sampai ke katilku. Mujur doktor perempuan (tapi tetap garang dengan doktor pelatih). Selepas chit chat skit2, dia pun check bukaan pintu rahimku. Dah 3cm. Dah boleh tolak masuk labour room!!! Bersalin hari ini juga. Ya Allahhh!!!

Tak cakap banyak, doktor tu terus arahkan pelatihnya mengambil sesuatu. Rupa2nya alat untuk pecahkan karung amnion. Aku sangat takut. Depa pun tak explain sangat...buat kerja saja. Aku yang terpinga2 terperanjat gila bila terasa ada air yang suam2 mengalir. Rupanya air ketubanku telah dipecahkan. Aku panic!!! Rasa mcm kalau toreh muka pun tak keluar darah (time tu br aku betul2 paham perumpamaan tu). Aku ingatkan kalau dah pecah ketuban...maksudnya dah nak bersalin. Rupa2nya lambat lagi. Siap boleh round2 wad lagi. Tp aku tak dibenarkan jalan banyak sangat, takut nanti BP aku naik pulak.

Mujurla husband-friendly bed kosong. Terus aku call hubby aku suruh masuk. Alaaa...katil bersalin tu kecik sangat. Muat2 je ngan badan dempol aku ni. Seperti biasa BP, TOCO n CTG machine dipasang kejap di atas lengan dan perutku. Jam dinding menunjukkan pukul 10.30pg. Mengikut nurse, aku harus menunggu sehingga pintu rahimku terbuka sebanyak 10cm (sekarang 3cm - estimate 1cm setiap jam). Secara normalnya aku dijangka bersalin jam 5.30ptg. Waaa lama lagi...dan sakitku makin...makin kuuuuaaaaatttttt!!!!!!

Seorang doktor pelatih datang mengarahkan nurse yang bertugas menyuntikku dengan ubat tahan sakit. Tp aku menolak kerana nak merasai sendiri sakit bersalin dan bimbang dengan kesannya ke atas anakku. Kemudian itu doktor pakar datang dan menyuruh nurse menyuntikku juga. Katanya aku takkan boleh tahan. Kemudian lengan kananku disuntik drip Oxytocin untuk merangsang contraction agar lebih kuat dan lengan kiriku sekali lagi di suntik drip MgSO4 untuk mengurangkan risiko diserang preeclamsia semasa bersalin. Sakitku makin menjadi2. Bayangkan dengan wayar yang berselirat, apa sangat yang aku boleh lakukan untuk mengurangkan sakit? Kalau wanita lain boleh berjalan2 untuk kurangkan sakit...tapi aku terpaksa melalui kesakitan itu dengan hanya mengiring ke kiri dan kekanan sahaja. Perkataan Allah dan selawat nabi tak henti2 ku sebut.

Aku amat berterima kasih pada semua nurse yang bertugas menjagaku. Terasa VVIP je. Ada yang menggosok perutku, ada yang menggosok belakangku, ada yang membelai2 rambutku dan ada juga yang mengurut kakiku sambil mulut masing2 memberikan petua2. Special kan? Aku sangat terhutang budi dan nyawa dengan mereka. Hanya Allah yang mampu membalas. Aku seakan antara sedar dan tidak. Ala2 lalok gitu!!! Bila sakit baru aku terjaga...kemudian terlelap (sakit bersalin ni...org pengsan pun boleh tersedar ooo, yg operate tu lain. Tak ikut saluran yang betul) .

Pukul 3.30 ptg, perutku dah terlalu sakit. Rasa seperti ada benda yang menggerudi. Walaupun taknak push...tp terpush jugak. Tp belum masanya...jangan harap nak keluar, buat habis tenaga je. Tapi tiap kali gerudi itu datang...dengan sendirinya terpush. Nurse tegur supaya jgn push. Belum masanya lagi. Pintu rahim baru terbuka sikit. Tp really rasa mcm dah nak terbersalin dah.

Kerapkali aku terasa seperti tiada nafas untuk bernyawa (mcm kita hold selepas tarik nafas). Masa tu nak sebut perkataan Allah pun tak boleh dah. Boleh sebut dalam hati je. patutla org kata sakit bersalin ni sakit no.2 selepas kematian. Tp AWAS...jangan sesekali terpekit2, nanti org tak kesian. Itulah pesan mak aku dan aku ingat sangat!!!

Suamiku sudah menjadi tak tentu arah. Kejap picit sana, kejap sini. Aku dah tak tahan lagi...aku mintak nurse tu suntik ubat tahan sakit walaupun awalnya aku yang beriya2 menolak. Tapi nurse tu kata tak boleh. Kena tunggu pukul 5.30 br boleh suntik. Takut overdose. Ya Allah...baru pukul 4.00ptg. Lagi 1.5 jam lagi nak boleh suntik ni. Rasa macam nak terbersalin dah. Apa yang aku boleh lakukan hanyalah pegang kandunganku supaya jangan terus menggerudi sehingga pintu rahimku benar2 terbuka. Tp siapalah aku untuk melawan fitrah bersalin ni. Babyku tetap menggerudi.

Jam dinding menunjukkan pukul 4.20ptg. Aku dah tak boleh tahan lagi. Aku cakap kat nurse yang aku benar2 terasa seolah2 nak terbersalin sangat2. Doktor pun membuat pemeriksaan...sah I'm ready to push!!! Dengan hanya 2x push...lahirla puteraku. Ku dengar dia cuma menagis sekali saja. Pendek dan lembut suaranya. Tubuhnya yang kecil itu diselaputi dengan lendiran putih.

Nurse terus membalut bayiku dan diserahkan pd hubbyku. Sunyi je keadaan masa tu...macam masa terhenti. Dengan suara yang sebak, suamiku mengazankan anak kami. Sayu!!!! Lengkaplah proses kelahiran putera sulungku MUHAMMAD 'IRFAN pada jam 4.30ptg dengan berat 2.62kg. Walaupun sedikit cengkung, namun aku bersyukur semuanya selamat dan sempurna. Dan keajaiban yang dapat aku rasakan, benar seperti yang selalu kita dengar selepas lahirnya anak...hilang semua kesakitan. Mana ada sakit di dunia ini yang hilang dalam sekelip mata saja selepas azab yang maha hebat. Hanya sakit bersalin saja!!!

Wednesday, May 9, 2007

Lunch Hour!!!



Hari ni santap burger je!!! Tapau dr rumah (jimat kos). Teringin nak diet, jd kurus sblm kawan2 KL turun Kedah. Nak nampak mcm anak dara balik...hahahahaha!!!!! Tp nampak mcm mustahil je!!!!

My 2nd day di HBAS....01/03/2007

HAHAHAH!!! buat kali kedua aku menetap di hospital. Dulu duduk 10 hari sebab patah kaki (dalam tahun 2000 gitu).

Aku mulakan pagi keduaku di hospital dengan drip Mg2SO4 masih lagi di lengan. Tp azab panasnya dah tak terasa sbb badan dan boleh adapt. Selepas breakfast doktor pun sampai. Punyalah ramai doktor pelatih. Doktor ni pakar n garang. Student dia free2 je kena marah depan pesakit. Kesian doktor muda tu....malula!!!

Sekali lagi aku terkejut!!! Menurut doktor tu, hasil daripada ujian makmal, terdapat kandungan uric acid dan ketone yang tinggi dlm urin aku. Ketone tu aku tak pasti sangat berapa tp uric acid 500++ beyond the limit 360 for preggy lady!!! Doktor bagitau yg aku dah takdak pilihan. Kena bersalin hari tu jg sbb both baby n mom dlm bahaya. Tekanan darah pun makin meningkat. Nasib baik aku dah makan banyak2 td, kalau tak sure tak lalu nak sumbat. Terasa takut yang amat, lebih daripada takut nak buat presentation depan pensyarah!!!

Lepas dia buat penerangan sedikit sebanyak n sign beberapa documents, mulalah proses utk nak paksa aku bersalin. Nak call hubby pun dah tak sempat dah. Sebiji prostaglandin dimasukkan ke saluran peranakan untuk melembutkan dinding dan merangsang contraction supaya ready utk melahirkan. Sakitnya bukan kepalang waktu dia nak check bukaan n masukkan tablet tu. Kalaulah pintu rahim buka 3cm pun, depa akan push beranak petang ni jugak. Next review petang ni pukul 2. Aku tak dibenarkan bangun selama sejam utk pastikan ubat tu tak terkeluar.

Selepas sejam perutku mula rasa sakit2 mcm PMS. Aku ke toilet. Haaa!!!! Ada blood stain la. Aku dah nak bersalin ke? Aku rasa mcm nak pengsan. Waktu melawat lambat lg. Tak sabar nak jumpa hubby dah ni!!! Takut sampai mcm nak muntah!!! ...n sakit tu makin bertambah kuat. Nurse pulak asyik pasang CTG n TOCO untuk check jantung baby n tahap contraction.

2nd review!!! 2.00pm

Sekali lagi doktor check bukaan pintu rahim. Nasib baik la doktor perempuan, kecil sikit tangan dia. Dah 2cm. Sebiji lagi prostaglandin dimasukkan ke saluran peranakanku. Sejam pulak aku terlantar dengan TOCO n CTG mengikat perutku. Mg2SO4 ni pun belum boleh tanggal lagi. Petang tu nak mkn malam pun tak lalu. Sakit sangat.Makin kuaat. Graf TOCO tu menunjukkan aku dah sakit kuat. Aku happy bukan main...ingat dah boleh nak bersalin. Kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. MIL aku siap buat air penawar lagi sbb kesian tgk aku dok control sakit. 3rd review!!! 9.00pm Puas aku menunggu, akhirnya doktor sampai utk 3rd review. Sekali doktor Sigh. Mak aiii...aku dah menggigil sampai menangis tengok doktor tu. Apa taknya...takut. Mmg tepat jangkaanku...sakit ya Allah masa dia check bukaan tu. 2cm. So aku kena tahan lagi sakit ni sampai esok pg. Walaupun sakit dah heavy, kalau pintu blm buka...kenalah tunggu. Aku dok control2 gak jiwa ni....takut nanti tekanan darah naik. Aku seboleh-bolehnya takmau dibedah!!! Susah nak jaga, payah nak bersenam. Lambatla nak kurus!!!

I'm Back!!!!!

MUHAMMAD 'IRFAN BIN MOHD ZAHARUDIN

Alhamdulillah...akhirnya aku dah selamat bersalin. Berakhirla episod kebengkakan kaki gajah. Takdak lagi batu besar nak dibawa. Nak panjat tangga Batu Cave pun aku rela.

BERSALIN...pengalaman yang sangat tak ternilai. Untung menjadi wanita. Aku bersyukur diciptakan Allah sesempurna ini. Pengalaman bersalin yang aku lalui kukira amat mencabar. Apa taknya...DIPAKSA BERSALIN SEBELUM TIBA MASA. Kalau kalian tak terbayang azabnya, bolehla refer ibu kalian.


28 February 2007
Sewaktu usia kandunganku memasuki 6 bulan, berat badanku bertambah dengan mendadak. Paling kurang 4kg sebulan. Ketika kandunganku mencapai 9 bulan, beratku mencecah 90kg iaitu 31kg dr berat asal.

Ketika usia kandunganku genap 9 bulan, terkial-kial aku ke klinik utk buat pemeriksaan rutin di klinik dekat rumah. Sewaktu turn aku...nurse terjerit sbb tekanan darah aku melonjak dari selalunya 100/60 ke 140/90. Ditambah dengan urin yang mengandungi protein, aku terus dikejarkan ke hospital. Mcm mimpi aku ditahan di sana kerana simptom sawan mengandung sangat membimbangkan. Tp aku relax je. Cover takut!!!

Selepas lunch, doktor datang ke katilku di wad biasa. Ingatkan nak release...tup2 aku dipindahkan ke Unit Kawalan Rapi. Dia kata ujian makmal menunjukan urinku mengandungi protein yang tinggi. Mungkin dipaksa bersalin dalam tempoh terdekat. Allah!!!! Due date aku lagi sebulan. Aku langsung tak sakit nak bersalin...nak paksa mcm mana? Bukan boleh aci teran je!!!

Sesampainya aku kat wad baruku, tiub kencing terus dipasangkan. Tanganku yang membengkak di masukkan jarum untuk mengalirkan Mg2SO4. Panasnya ubat tu Allah je yang tahu. Nak celik mata pun tak boleh!!! Dalam tempoh sejam tu, aku berjaya habiskan 2 botol air mineral 1.5L. Sesuatu yang amat sukar aku lakukan kalau bukan kerana penangan ubat yang panas tu.

Monday, February 26, 2007

Letihnyaaaaaaaaaaa!!!!!

Aku dah letih sangat nak mai kerja. Kan bagus kalau dah boleh cuti. Dah tak larat nak bawak perut. Berat wehhhh!!!tiap hari kena naik sampai 3 tingkat. Tangga dah le kecik2. Seronok jd mcm akak aku dulu...masa mengandung tak keja. Lepas bersalin n anak dah besar skit...tiba-tiba dapat offer kerja. Lepas interview...terus dapat. Rezeki anak. Tp boleh la manjakan diri masa mengandung.

Aku ni terkejar sana....terkejar sini. Sampai kaki jadi bentuk 4 segi tepat. Bengkak. Tak cantik!!!!!

Kalau boleh...nak cepat2 bersalin. Cepat dapat cuti. Boleh rehat. Boleh rehat. I need rest!!! Letihnya nak mai kerja!!!!!!!!!!!!!!!!!

AMWAY TROPICAL HERBS

Akhirnya selamat gak aku menghabiskan RM215.00 utk beli confinement set ni. Cantik punya pasal....terpaksala aku mengorek duit tabung aku. So far set AMWAY Tropical Herbs ni la yg paling lengkap. Almaklum la...nama je org kampung...tp pantang larang n adat melayu ni kureng tau la. Mak aku pun bukanla confine lady yg berjaya. Dia pulak beriya-iya suruh beli set ni. Menyenangkan kerja dia nak menjaga aku.

Hari tu Kay ada suggest beli Leesa Formula. But for KAY info...ikan haruan mmg boleh fasten the perineal stitches healing process, tp luka tu tak dapat sembuh dengan cantik dan semulajadi. Yah pun tak tau sangat...just terbaca dalam internet gak. So ingat biarla dia sembuh secara semulajadi...just pentingkan kebersihan dari kuman/ jangkitan. heheheheeh!!!!

Sunday, February 25, 2007

tAk sAbAr nYEeEeEe!!!!!!!!

aHHHHHH!!!!! Lambatnya nak tunggu baby keluar. Baru sekarang terasa beratnya membawa baby. Berat WOOO!!! Segalanya terbatas. Pusing kiri payah! Pusing kanan seksa. Nak bangun pun mcm nak angkat batu berat je!!! Kaki bengkak takyah cerita la. Dah tahap kaki anak gajah dah. Strechmark n cellulite berselirat sana sini. Aku dah tak cantik!!! Tp semuanya jadi lega bila baby berjoging kat dalam ni!!! Mmg besar kuasa Allah n besar pengorbanan ibu ni!!!

Sedih bila baca anak yang kita kandung lebih dari 9 bulan...n bela sampai besar....senang2 je dibuli orang. Ingat senang ke? Ingat free ke?

Aku tak berapa pelik sangat bila dengar or baca ibu yg sayangkan anak....tp aku terkagum bila tengok kasih sayang AYAH pada anak. Bukan AYAH yang mengandung! Bukan AYAH yang beranak. Bukan AYAH yang susukan! Tp sayang AYAH ni mmg tak leh nampak. Kadang kala lebih dari ibu sayangkan anak. Sayanglah org tua korang selagi depa ada. Walaupun syurga bawah tapak kaki ibu...keredhaan ayah jugak penting untuk hidup kita. Hati seorang ayah sebenarnya lebih sensitif berbanding hati ibu. Kalau tak caya...pkpklah balik mcm mana ayah korang kat umah tu!!!