Friday, May 11, 2007

3rd Day at HBAS...02/03/2007 (Usia kandunganku 9 bln, 2 hari)

Mengantuk pun ada...letih pun ada. Tidoku semalam asyik terganggu sj. Sakit yang ku alami makin kuat. Seperti biasa selepas breakfast doktor sampai ke katilku. Mujur doktor perempuan (tapi tetap garang dengan doktor pelatih). Selepas chit chat skit2, dia pun check bukaan pintu rahimku. Dah 3cm. Dah boleh tolak masuk labour room!!! Bersalin hari ini juga. Ya Allahhh!!!

Tak cakap banyak, doktor tu terus arahkan pelatihnya mengambil sesuatu. Rupa2nya alat untuk pecahkan karung amnion. Aku sangat takut. Depa pun tak explain sangat...buat kerja saja. Aku yang terpinga2 terperanjat gila bila terasa ada air yang suam2 mengalir. Rupanya air ketubanku telah dipecahkan. Aku panic!!! Rasa mcm kalau toreh muka pun tak keluar darah (time tu br aku betul2 paham perumpamaan tu). Aku ingatkan kalau dah pecah ketuban...maksudnya dah nak bersalin. Rupa2nya lambat lagi. Siap boleh round2 wad lagi. Tp aku tak dibenarkan jalan banyak sangat, takut nanti BP aku naik pulak.

Mujurla husband-friendly bed kosong. Terus aku call hubby aku suruh masuk. Alaaa...katil bersalin tu kecik sangat. Muat2 je ngan badan dempol aku ni. Seperti biasa BP, TOCO n CTG machine dipasang kejap di atas lengan dan perutku. Jam dinding menunjukkan pukul 10.30pg. Mengikut nurse, aku harus menunggu sehingga pintu rahimku terbuka sebanyak 10cm (sekarang 3cm - estimate 1cm setiap jam). Secara normalnya aku dijangka bersalin jam 5.30ptg. Waaa lama lagi...dan sakitku makin...makin kuuuuaaaaatttttt!!!!!!

Seorang doktor pelatih datang mengarahkan nurse yang bertugas menyuntikku dengan ubat tahan sakit. Tp aku menolak kerana nak merasai sendiri sakit bersalin dan bimbang dengan kesannya ke atas anakku. Kemudian itu doktor pakar datang dan menyuruh nurse menyuntikku juga. Katanya aku takkan boleh tahan. Kemudian lengan kananku disuntik drip Oxytocin untuk merangsang contraction agar lebih kuat dan lengan kiriku sekali lagi di suntik drip MgSO4 untuk mengurangkan risiko diserang preeclamsia semasa bersalin. Sakitku makin menjadi2. Bayangkan dengan wayar yang berselirat, apa sangat yang aku boleh lakukan untuk mengurangkan sakit? Kalau wanita lain boleh berjalan2 untuk kurangkan sakit...tapi aku terpaksa melalui kesakitan itu dengan hanya mengiring ke kiri dan kekanan sahaja. Perkataan Allah dan selawat nabi tak henti2 ku sebut.

Aku amat berterima kasih pada semua nurse yang bertugas menjagaku. Terasa VVIP je. Ada yang menggosok perutku, ada yang menggosok belakangku, ada yang membelai2 rambutku dan ada juga yang mengurut kakiku sambil mulut masing2 memberikan petua2. Special kan? Aku sangat terhutang budi dan nyawa dengan mereka. Hanya Allah yang mampu membalas. Aku seakan antara sedar dan tidak. Ala2 lalok gitu!!! Bila sakit baru aku terjaga...kemudian terlelap (sakit bersalin ni...org pengsan pun boleh tersedar ooo, yg operate tu lain. Tak ikut saluran yang betul) .

Pukul 3.30 ptg, perutku dah terlalu sakit. Rasa seperti ada benda yang menggerudi. Walaupun taknak push...tp terpush jugak. Tp belum masanya...jangan harap nak keluar, buat habis tenaga je. Tapi tiap kali gerudi itu datang...dengan sendirinya terpush. Nurse tegur supaya jgn push. Belum masanya lagi. Pintu rahim baru terbuka sikit. Tp really rasa mcm dah nak terbersalin dah.

Kerapkali aku terasa seperti tiada nafas untuk bernyawa (mcm kita hold selepas tarik nafas). Masa tu nak sebut perkataan Allah pun tak boleh dah. Boleh sebut dalam hati je. patutla org kata sakit bersalin ni sakit no.2 selepas kematian. Tp AWAS...jangan sesekali terpekit2, nanti org tak kesian. Itulah pesan mak aku dan aku ingat sangat!!!

Suamiku sudah menjadi tak tentu arah. Kejap picit sana, kejap sini. Aku dah tak tahan lagi...aku mintak nurse tu suntik ubat tahan sakit walaupun awalnya aku yang beriya2 menolak. Tapi nurse tu kata tak boleh. Kena tunggu pukul 5.30 br boleh suntik. Takut overdose. Ya Allah...baru pukul 4.00ptg. Lagi 1.5 jam lagi nak boleh suntik ni. Rasa macam nak terbersalin dah. Apa yang aku boleh lakukan hanyalah pegang kandunganku supaya jangan terus menggerudi sehingga pintu rahimku benar2 terbuka. Tp siapalah aku untuk melawan fitrah bersalin ni. Babyku tetap menggerudi.

Jam dinding menunjukkan pukul 4.20ptg. Aku dah tak boleh tahan lagi. Aku cakap kat nurse yang aku benar2 terasa seolah2 nak terbersalin sangat2. Doktor pun membuat pemeriksaan...sah I'm ready to push!!! Dengan hanya 2x push...lahirla puteraku. Ku dengar dia cuma menagis sekali saja. Pendek dan lembut suaranya. Tubuhnya yang kecil itu diselaputi dengan lendiran putih.

Nurse terus membalut bayiku dan diserahkan pd hubbyku. Sunyi je keadaan masa tu...macam masa terhenti. Dengan suara yang sebak, suamiku mengazankan anak kami. Sayu!!!! Lengkaplah proses kelahiran putera sulungku MUHAMMAD 'IRFAN pada jam 4.30ptg dengan berat 2.62kg. Walaupun sedikit cengkung, namun aku bersyukur semuanya selamat dan sempurna. Dan keajaiban yang dapat aku rasakan, benar seperti yang selalu kita dengar selepas lahirnya anak...hilang semua kesakitan. Mana ada sakit di dunia ini yang hilang dalam sekelip mata saja selepas azab yang maha hebat. Hanya sakit bersalin saja!!!

No comments: