Sunday, May 27, 2007

Musim Kahwin!!!

Assalamualaikum. Selamat pengantin baru kepada semua rakan2 seperjuangan yang telah dan akan menjadi raja sehari pada tahun ini. Antaranya Eddy & ?, Asmah & Hamdi, Azie & Pali and coming soon Sabariah & Chip. Tak dinafikan dalam melayari kehidupan berumahtangga, banyak cubaan dan godaan yang datang menguji. Lagi kuat cinta kita, lagi banyak ujian yang mendatang. Terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita seadanya. Kadangkala syaitan mencucuk jiwa hingga membangkitkan perasaan sesalan, tapi percayalah...kita (yg sudah dan akan berkahwin) merupakan insan yang sangat bertuah. Banyak hikmah dan kebaikan yang bakal kita perolehi berbanding mereka yang masih terumbang-ambing mencari tapak untuk berumah.

Buat isteri-isteri,
selalunya cinta isteri pada suami sangat mendalam dan tulus. Bila kita menandatangani surat kahwin, bermaksud mata kita dah buta daripada sebarang cinta pada insan lelaki di luar sana. Tapi walaubagaimana cintanya kita pada kaum adam, jangan sesekali menidakkan hak kita. Tapi bukan pulak sehingga menderhakai sang suami. Tapi ketahuilah peranan, hak, batas-batas dan pada siapa seharusnya kita paling cintai.

Rakanku yang bergelar isteri,
Bagi diriku dulu, amat sukar untuk ku bahagikan perasaan hormat dan cinta pada kaum keluargaku dengan insan lain yang bergelar suami. Bagiku cinta pada pasangan tak sama seperti cinta kita pada kaum keluarga kita. Kaum keluarga tak ubah seperti "secarik-carik bulu ayam, bercantum jua". Namun semakin matang usia perkahwinan kami, semakin kami mengenali hati budi masing2. Semakin juga aku tahu dimana hak suamiku, hak keluargaku serta keluarga mertuaku.

Untuk rakanku yang bakal menjadi menantu,
Pesanku pada kalian, bagaimana rapatnya kita dengan keluarga mertua, kita masih lagi org luar. Jika sebesar zahrah kesalahan kita, sebesar alam kesannya. Walaupun mertua tak menyuarakannya, tapi 1000X terasa hirisannya berbanding jika kesalah itu dilakukan anak sendiri. Jangan sesekali kalian membantu dalam memecahbelahkan keluarga suamimu. Kelak yang rugi adalah dirimu melainkan suamimu seorang yang dayus. Berilah sokongan pada suamimu untuk menjadi anak yang soleh. Ingatlah bahawa anak lelaki harus mendahului ibunya berbanding isterinya. Tp itu tak bermakna kalian boleh ditindas. KETAHUILAH HAK KITA!!!

Aku nasihatkan atas pengalamanku sendiri dan juga pengalaman ibuku HJH Eshah. Aku amat bersyukur dikurniakan ibu yang amat menyayangi mertuanya. Perasaan sayangnya tak terbatas dan hanya tuhan mengetahui. Dia tetap memberi madu walaupun dibalas denga toba. Berkat keikhlasannya pada ibu mertuanya, kami anak-anaknya dikurniakan mertua-mertua yang berjiwa mulia. Mertua yang bertimbang rasa dan memberikan kasih yang tak berbelah bahagi. Alhamdulillah.

No comments: